|
HARI ANUGERAH PELAJAR MERIAH |
|
|
|
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Sunday, 18 July 2010 |
|
Hari Anugerah Pelajar 2010 SMKBJ menempa sejarah apabila julung kalinya diadakan di Gerbang Ilmu (Gateway to Knowledge) sekolah yang dahulunya adalah tapak perhimpunan terbuka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ibrahim Mohamad, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang dan dihjadiri juga En. Fauzi, Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut. Walaupun dalam keadaan sederhana untuk jimatkan kos, kehadiran ibu bapa, pelajar, guru serta staf sokongan memeriahkan lagi acara berkenaan. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan akademik dan kokurikulum dan buat pertama kali, 4 trofi disampaikan kepada 4 tokoh pelajar SMKBJ 2010 yang dibiayai 4 AJK PIBG sesi 2010-2011. Persembahan kebudayaan melibatkan persembahan nasyid, tarian kebudayaan, koir, orkestra akustik dan gamelan. Syukur alhamdulillah, keadaan cuaca yang elok menceriakan lagi acara ini. Kesungguhan pelajar, guru, staf sokongan serta pentadbir sekolah untuk menjayakan acara ini amat dikagumi. Inilah semangat 1MALAYSIA amnya dan semangat 1JAMBULIAN khususnya warga sekolah.
|