|
SEMOGA MENCAPAI TAHAP PRESTASI YANG DIHARAPKAN DALAM UJIAN KEMAJUAN 1 |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Tuesday, 09 March 2010 |
|
Saya dan semua guru SMKBJ mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam Ujian Kemajuan 1 yang akan bermula pada 10hb Mac 2010 dan berakhir pada 12hb Mac ini. Semoga harapan dan impian pelajar untuk mencapai kejayaan akademik yang diidamkan menjadi kenyataan. "When the going gets tough, the tough gets going". "Challenges Are Opportunities". |
|
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Friday, 05 March 2010 |
|
KEPUTUSAN SPM 2009 Keputusan SPM 2009 akan dikeluarkan pada 11hb Mac 2010 (Khamis) jam 10.00 pagi di foyer A. Sila pastikan anda tidak mempunyai "hutang" tertunggak kepada pihak sekolah contohnya buku-buku SPBT, buku-buku pusat sumber, bayaran tambahan sekolah, uniform yang dipinjam dan lain-lain. Sila berpakaian kemas ikut etika pakaian untuk pelawat-pelawat ke sekolah. Adalah juga dimaklumkan bahawa tarikh berkenaan adalah juga waktu Ujian Kemajuan 1 semua pelajar SMKBJ. Semua warga SMKBJ mengucapkan Selamat Maju Jaya! MAJLIS TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM ZULHANIZAM Majlis ini akan diadakan pada 11hb Mac 2010 (Khamis) jam 2.15ptg di surau blok A. Semua pelajar SMKBJ dan juga bekas pelajar SMKBJ beragama Islam dijemput hadir. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Zulhanizam. |
|
|
PERTANDINGAN SENAMROBIK ANTARA UNIT UNIFORM |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Thursday, 04 March 2010 |
|
Pertandingan anjuran Unit Koko SMKBJ telah diadakan pada 3hb mac 2010 (Rabu) bermula jam 3.30ptg di dewan terbuka. Penyelaras program, Pn. Saniyah bersama AJK beliau telah memastikan pertandingan berjalan lancar dan sambutan pasukan uniform adalah diluar jangkaan. Pelbagai gerak senamrobik ditunjukkan oleh setiap unit uniform hasil kreativiti masing-masing dan ada juga gerakan senamrobik yang melucukan contohnya dari Kadet Polis SMKBJ. Keputusan pertandingan senamrobik akan diumumkan kemudian. BERITA TERKINI Johan pertandingan senamrobik dimenangi oleh Pasukan Seni Silat Cekak. Tahniah! Ucapan terima kasih kepada semua guru penasihat unit uniform dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan pertandingan ini. |
|
Last Updated ( Tuesday, 09 March 2010 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 33 - 36 of 97 |