|
UJIAN KEMAJUAN 1 TAHUN 2010 |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Friday, 12 February 2010 |
|
Ujian Kemajuan 1 untuk pelajar-pelajar SMKBJ akan bermula pada 10hb Mac 2010 dan berakhir pada 12hb Mac 2010. Setiap pelajar SMKBJ telah pun diberikan jadual ini. Semoga kesemua pelajar SMKBJ mencapai kecemerlangan yang diidamkan. | TARIKH | TINGKATAN | SUBJEK-SUBJEK KERTAS UJIAN | CATATAN | | 10 MAC 2010 (RABU) | 1 DAN 2 | BAHASA MELAYU, GEOGRAFI, PEND. ISLAM / MORAL | REHAT - 9.40 HINGGA 10.00 PG ;PULANG 2.00PTG | | | 3 | BAHASA MELAYU, GEOGRAFI, PEND. ISLAM/ MORAL | REHAT - 9.40 HINGGA 10.00 PG ; PULANG 2.00PTG | | | 4 DAN 5 | BAHASA MELAYU, PHYSICS/ SAINS TERAS, PEND. ISLAM/ MORAL | REHAT - 10.20 HINGGA 10.40 PG ; PULANG 2.00PTG | | 11 MAC 2010 (KHAMIS) | 1 DAN 2 | BAHASA INGGERIS, MATHEMATICS, PEND. SENI/ MUZIK | REHAT - 9.40 HINGGA 10.00 PG ; PULANG 2.00PTG | | | 3 | BAHASA INGGERIS, MATHEMATICS, PEND. SENI/ MUZIK | REHAT - 9.40 HINGGA 10.00 PG ; PULANG 2.00PTG | | | 4 DAN 5 | BAHASA INGGERIS, MATHEMATICS, SEJARAH, ADD MATHS/ PERD | REHAT - 10.20 HINGGA 10.40 PG ; PULANG 2.00PTG | | 12 MAC 2010 (JUMAAT) | 1 DAN 2 | SEJARAH, SCIENCE, KEMAHIRAN HIDUP | REHAT - 9.25 HINGGA 9.45 PG ; PULANG 12.05TH | | | 3 | SEJARAH, SCIENCE, KEMAHIRAN HIDUP | REHAT - 10.00 - 10.20 PG ; PULANG 12.05TH | | | 4 DAN 5 | EST, CHEMISTRY/ EKO ASAS, BIOLOGY/ PRINSIP AKAUN | REHAT - 10.00 - 10.20 PG ; PULANG 12.05TH | | | | | | |
|
Last Updated ( Thursday, 04 March 2010 )
|
|
|
AL-FATIHAH BUAT SAUDARA ZULHANIZAM, BEKAS PELAJAR SMKBJ |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Friday, 26 February 2010 |
|
Bekas pelajar SMKBJ tahun 2009 (tingkatan 5) bernama Zulhanizam bin Badrul Hisyam telah kembali ke Rahmatullah pada 25hb Februari 2010 dalam satu kemalangan di laluan motosikal "Jelutong Expressway" pada sebelah malam. Beliau merupakan bekas pemain bolasepak SMKBJ dan jenazah telah selamat dikebumikan di Kg. Melayu, Air Itam pada 26hb Februari 2010. Sementara menunggu keputusan SPM 2009, beliau adalah pekerja sambilan di kantin SMKBJ.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah! |
|
Last Updated ( Friday, 26 February 2010 )
|
|
|
MAJLIS INTERAKSI ANTARA WARIS TING. 3 DAN 5 DENGAN GURU |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Thursday, 25 February 2010 |
|
Majlis ini akan diadakan pada 6hb Mac 2010, hari Sabtu bermula jam 7.30 pagi. Ibu bapa yang hadir akan diberi taklimat ringkas oleh pihak pentadbiran sekolah bertempat di dewan sekolah blok A. Selepas itu, ibu bapa dan pelajar dijemput ke kantin untuk minum pagi dan kemudian ibu bapa bolehlah berinteraksi dengan guru-guru tingkatan 3 dan 5 di kelas-kelas yang ditetapkan. Semasa interaksi, ibu bapa akan diberikan Sijil Ramalan PMR dan SPM 2010 berdasarkan program "headcount" yang digunapakai di sekolah ini. Pihak sekolah yakin ramai ibu bapa akan hadir ke majlis ini dan dapat mengeratkan lagi hubungi mesra antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan/ puan. |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 37 - 40 of 97 |