|
MESYUARAT KOKURIKULUM 2010 |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Wednesday, 06 January 2010 |
|
Satu mesyuarat kokurikulum telah diadakan pada 6hb Januari 2010 jam 3.20ptg di bilik mesyuarat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Sharifah Khatijah dan dihadiri guru-guru penasihat kokurikulum serta Tuan Pengetua dan En. Wan Sajiri yang menjalankan tugas PK Pentadbiran. Pn. Mazura, PT Kewangan telah memberikan taklimat berkaitan tatacara pengurusan kewangan kokurikulum.Salah satu agenda ialah menentukan KPI Kokurikulum untuk tahun 2010 hingga 2013. Kejayaan SMKBJ untuk tahun-tahun mendatang akan dipertanggungjawabkab kepada guru penasihat serta murid-murid terlibat denga sokongan padu pentadbir sekolah serta PIBG. SMKBJ BERAZAM UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN BIDANG KOKURIKULUM MULAI TAHUN 2010. JUST DO IT!! |
|
|
KEMENANGAN SMKBJ PERINGKAT ANTARABANGSA 2009 |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Tuesday, 05 January 2010 |
|
SMKBJ telah mencipta nama diperingkat antarabangsa apabila mendapat hadiah kategori "HIGHLY COMMENDED PROJECT" antara sekolah-sekolah peringkat antarabangsa. Pertandingan tersebut bertajuk " SUPPORT-PARTNERSHIP AND PARTICIPATION FOR A SUSTAINABLE TOMORROW, COMENIUS NETWORK FOR LIFELONG LEARNING: "CO2NNECT - CO2 ON THE WAY TO SCHOOL" Pertandingan ini adalah hasil kerjasama USM dan SUPPORT, EU. Anda boleh layari http://co2connect.org/ untuk mengetahui pertandingan ini. TAHNIAH!!! |
|
|
MAJLIS PERPISAHAN PN. NORZELA |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Tuesday, 05 January 2010 |
|
Majlis perpisahan Pn. Norzela akan dijalankan pada 8hb Januari 2010 (Jumaat) di Tapak Perhimpunan Dewan Terbuka jam 7.30 pagi. Program ini akan dijalankan bersama Lembaga Pengawas dan Kelab Guru Kakitangan SMKBJ. |
|
Last Updated ( Tuesday, 05 January 2010 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Next > End >>
|
| Results 53 - 56 of 97 |