|
PERSIAPAN MENGHADAPI PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Monday, 08 June 2009 |
|
Pengawas-pengawas pusat sumber dengan relanya mengorbankan cuti persekolahan mereka untuk membantu persiapan menceriakan pusat sumber dan papan-papan kenyataan di sekitar sekolah. Guru-guru jawatankuasa kerja pusat sumber seperti Pn. Wan Fazah, Pn. Hanne Leow, Pn. Safiah dan beberapa orang gru telah hadir bersama-sama untuk membantu. Semoga pusat sumber SMKBJ akan mencapai kejayaan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. 
 |
|
Last Updated ( Monday, 08 June 2009 )
|
|
|
BAYARAN PERSEKOLAHAN 2009 |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Wednesday, 20 May 2009 |
|
Pihak sekolah telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (bertarikh 12 Mei 2009) untuk mengutip bayaran sekolah berjumlah RM40.00 mulai 1 Jun 2009. Bayaran yang sepatutnya ialah RM38.50 kerana bayaran Takaful berjumlah RM1.50 telah pun dikutip pada awal tahun 2009. Ibu bapa diminta untuk membayar bayaran ini mulai 15 Jun 2009, selepas cuti sekolah. |
|
Last Updated ( Friday, 12 June 2009 )
|
|
|
WE ARE THE STATE CHAMPION FOR MIGHTY MINDS |
|
Written by En.Jalil bin Saad
|
|
Sunday, 24 May 2009 |
|
Syabas dan tahniah kepada pasukan dari sekolah kita yang telah menjadi JOHAN peringkat negeri dalam pertandingan MIGHTY MINDS anjuran RHB dan STAR yang telah diadakan di Queensbay Mall Bayan Baru pada 24hb Mei 2009. Bilangan pasukan yang mengambil bahagian dianggarkan 110 dan kita telah mengalahkan pasukan-pasukan hebat dari sekolah-sekolah elit dan ternama. Hadiah yang diterima ialah RM3,000.00 dan satu set komputer "desktop". Tahniah kepada pelajar tingkatan 5 yang mengambil bahagian dan Pn. Lim Soo Siang yang telah membawa mereka ke pertandingan berkenaan. Pasukan SMKBJ akan bertanding di peringkat kebangsaan pada bulan Ogos yang akan diadakan di Lembah Klang,Selangor. Warga SMKBJ diminta berdoa semoga pasukan ini mencapai kejayaan cemerlang peringkat kebangsaan.   |
|
|
|
<< Start < Prev 21 22 23 24 25 Next > End >>
|
| Results 93 - 96 of 97 |